Ze7- RESEPI MINUMAN LAI CHI KANG

   .

www.ResepiMakananMinuman.blogspot.com

.

[MAKANAN]  [MINUMAN]

.

RESEPI AIR MINUMAN :


RESEPI MINUMAN LAI CHI KANG


Selain penyegar tekak, orang kata boleh meredakan panas dalam badan.

Walaupun banyak juga bahan penyediaannya, namun cukup berbaloi meminumnya kerana terkenal dengan banyak khasiat. Apa kata kita buat sendiri air lai chi kang, lebih puas hati.

BAHAN-BAHAN :

~ Biji selasih (direndam).

~ Kembang semangkuk (direndam).

~ Barli.

~ Getah anggur.

~ Kundur.

~ Gula batu.

~ Kulat kering.

~ Kismis.

~ Longan kering.

~ Kurma merah.

~ Gula kabung.


CARA MEMASAK :

~ Biji selasih dan kembang semangkuk direndam sehingga kembang.

~ Rebus bahan-bahan iaitu barli, getah anggur, kundur, gula batu, kulat kering, kismis, longan kering, kurma merah, dan juga gula kabung.

~ Masukkan daun pandan untuk lebih memberikan aroma wangi.

~ Rebus sehingga bahan-bahan bertukar warna dan lembut.

~ Ketika penyediaan air, bolehlah dicampurkan biji selasih dan bunga kembang semangkuk yang telah direndam awal tadi.

~ Selesai semua bahan siap direbus, bolehlah disejukkan dan dinikmati dengan ketulan ais. Boleh juga diminum suam untuk lebih sihat.


~ Sedia dinikmati.


#Siap#

.